Info Apa Itu MarshMallow ?
Marshmallow adalah makanan ringan mempunyai tekstur seperti buih yang lembut dalam pelbagai bentuk, aroma dan warna. Marshmallow akan cair di dalam mulut kerana merupakan hasil dari campuran gula atau sirap jagung, putih telur, gelatin, gam arab, dan bahan perasa yang dikacau hingga kembang.
Resepi tradisional marshmallow tidak menggunakan gelatin, melainkan sari akar tanaman semak marshmallow (Althea officinalis), sehingga makanan ini disebut marshmallow. Setelah Alex Doumak mempatenkan proses penghasilan pada tahun 1948, marshmallow mula dibuat di kilang dengan mesin. Hasilnya berupa marshmallow berbentuk silinder yang dipotong-potong dan digulingkan dalam campuran tepung jagung dan gula halus.
Marshmallow disukai kanak-kanak mahupun orang dewasa yang boleh dimakan begitu sahaja, dimasukkan ke dalam minuman (coklat susu, café mocha), dibuat kuih dan gula-gula (biskut Mallomars, Peeps), atau sebagai penghias hidangan.
Marshmallow merupakan makanan ringan yang sering dimakan setelah dipanggang di atas api unggun. Apabila dipanggang di atas api, bahagian luar marshmallow mengalami pengkaramelan sedangkan bahagian dalam sedikit mencair. Tempoh pemanggangan bergantung kepada selera, dari sedikit berubah warna hingga marshmallow menyala dan sedikit hangus.
Kandungan :-
Gula, Sirap Jagung, Air Bertapis, Dektrosa,
Gelatin Lembu Yang Disahkan Halal
Kanji Jagung, Pektin Buahan, Asid Sitrik,
Perasa dan Pewarna yang dibenarkan.
Ingredients :-
Sugar, Corn Syrup, Purified Water, Dextrose,
Certified Halal Beef Gelatine (Pakistan)
Corn Strach, Fruit Pectin, Citric Asid,
Permitted Food Flavour And Colour.
Kami juga menyediakan doorgift marshmallow dalam pelbagai bekas dan bentuk untuk sebarang majlis.
Kami juga adalah Penyedia Cady Buffet Choco Fountain untuk Majlis anda
http://pinkybubble.com/
Marshmallow Halal
Kami sentiasa pastikan bahan yang berkualiti dan HALAL untuk Majlis anda